KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SKDT

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Laman Web SKDT.

Saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Laman web SKDT Web SKDT ini, bukan sahaja dapat merekodkan dokumen-dokumen penting segala kegiatan dan prestasi pencapaian sekolah baik dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum malah dapat menjadi rujukan para ilmuan.

Beberapa perancangan telah disusun untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah ini. Pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum akan cuba dipertingkatkan. Memang selama ini berbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan demi kejayaan murid-murid yang bakal mewarisi generasi hari ini dan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.

Sekian terima kasih.

 PUAN ASIAH BT HJ. MD SAB

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.